Dibawah JKKK kampong paya Keladan terdapat beberapa kampong seperti kampong Paya Petai,kampong Paya Pamah seta kawasan industri songsang.Terdapat seramai 1000 penduduk kampong disini.Kampong Paya keladan kini telah berubah selari dengan peredaran masa.banyak frasarana seperti masjid,balai raya baru,jalan bertar,perpustakaan desa serta kampong ini merupakan laluan utama lebuh raya pantai timur serta susur utama laluan ke temerloh...
Semenjak tertubuhnya JKKK Paya Keladan hampir 2 tahun pelbagai projek serta kemudahan orang ramai disediakan oleh erajaan..Pembinaaan balai raya,jalan raya baru,longkang sepanjang kampung,lampu-lampu jalan.pembaikan semula masjid,perpustakaan desa, tandas penempatan banjir serta berbagi kemudahan lagi.
Oleh kerana Paya Keladan merupakan kawasan yang strategik kerana merupakan pintu masuk pelancong-pelancong asing melalui jerantut dan exit plaza tol Temerloh ke Pusat Bandar Temerloh Ikan Patin dan pentadbiran Daerah kami mohon agar lanskap pembangunan kampong ini di perindahkan.Ini bagi menampung kos untu mennam pokok bunga serta pintu gerbang kampung kami..kami yakin kampong kami boleh menjadi tarikan kepada pelancong-pelancong asing kerana pelbagai aktiviti kebudayaan ada disini.Misalnya,dikir barat,wayang kulit,silat,tomoi,permainan wau,menangkap ikan laga,kolam memancing serta pelbagai lagi permainan tradisional yang ada disini.kepada pembaca bloger ini komen membina anda dialukan untuk bersama mempertingkatkan dari segenap aspek kampung kita Paya Keladan..
Sekian Terima Kasih...
Pengerusi JKKK Paya Keladan
Che Mahmood Bin Mohamad Noor
KAMPONG PAYA KELADAN
Asal usul nama kampong paya keladan adalah dari buah keladan yang dibuat ulam.oleh kerana dikampong ini banyak pokok jkeladan maka ia dinamakan Kampong Paya keladan.. Buah boleh dibuat ulam bagi mencegah penyakit seperti darah tinggi dan sebagainya.. kini,kampong ini telah membangun selari dengan arus pemodenan.
Wednesday, July 28, 2010
BENGKEL PEMBINAAN LAMAN BLOG
Khamis,29hb Julai 2010 peserta dari jkkk kampong paya keladan,Mohamad Hafizal Mahmood telah menghadiri kursus pembinaan laman blog yang terdiri dari jkkk mukim songsang.Seramai 11 orang peserta didedahkan menerbitkan laman blog setiap JKKK masing-masing.idea ini adalah inisiatif Tok Penghulu Mukim Songsang.Menerbitkan laman blog ini bertujuan bagi memudahkan penduduk kampong mendapatkan maklumat sebenar kampong serta dapat berkongsi idea serta maklumat dengan JKKK kampong lain.
Kursus yang dihadiri ini agar mendapat manfaat utuk kita bersama..saya juga mengalukan kepada semua ahli kampong Paya Keladan bersama memberi sokongan serta komen di halaman ini.....sekian terima kasih...
Subscribe to:
Posts (Atom)